JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Monday, May 25, 2015

UPM KAMPUS BINTULU ( Part 1 )

Alkisahnya , meh aku citer dari awal dulu sem 1 kat UPMKB , sampailah dah habis dah diploma kat sana . Lets begin the story.



gambar dari Google sbb aku tak pernah sempat nak amik gambar front gate tu.

UPMKB


UPMKB ni sebenarnya kampus UPM kat Bintulu. ramai yg tahu upm ni ada kat Serdang jer n bila cakap upm kb mesti org xtau. kampus UPMKB ni untuk program diploma dan 1 program bachelor. Kampus UPMKB dipanggil Kampus Sains Pertanian dan Makanan. ok ni cerita aku.  dari masa awal-awal dapat tawaran tu, sebenarnya aku was was. macam mana kat Sarawak nanti ye . orang sana makan macam mana ? nak pergi kelas naik apa ? kena maen sumpit-sumpit tak ? haha . soalan-soalan ni tipikal bagi orang Semenanjung yang x pernah pergi ke Sarawak. ramai yg fikir orang Sarawak ni x maju,, duduk atas pokok n nak makan kena menyumpit. kan ? mengaku jela korang pun fikir macamtu jugak . hakikatnya ,  kat Sarawak ni maju , macam KL jugak . takde dah org sumpit-sumpit tu ,, kalau ada pun yg duduk kat pedalaman jee. trust me . haha . ni kot kot lah ade budak-budak lepasan SPM yg nak masuk UPMKB n trjumpa blog aku ,

 ni aku citer psl u aku nie. UPMKB ni memang tempat belajar yg aku rasa paling tenang ,selesa dan aman damai sbb kampus n kolej memang terlindung dari gangguan gangguan bising ke pencemaran ke , orang jahat ke .. sbb apa ? sbb ko nak masuk ke dalam kawasan kampus tu mmg jauh dari pagar . tu kalau ikut pagar belakang lah or ktorg panggil pagar Li Hua. dah masuk pagar tu,, tepi-tepi jalan tu memang pemandangan yg hijau jer , ada hutan buah-buahan, air terjun , tempat penternakan ayam ,taman bunga, hatcheri ikan n macam-macam lagi . kalau masuk sana nanti dpatlah tengok . kampus memang luas terbentang ,, ada banyak padang bola , kalau nk riadah memang takde masalah ,, banyak kemudahan ada . student UPMKB ni memang semua sihat sihat dan cerdas . hehe.  kat kolej pulak , kolej kat UPMKB ni nama kolej dia , Kolej Sri Rajang . ada 5 blok perempuan n 5 blok lelaki . kat kawasan blok ada cafe, pejabat kolej, klinik , dan kuarters staff . bilik kat blok pulak memang selesa . bilik besar , ada katil , almari baju n meja belajar seorang satu . katil n almari memang besar. katil aku tu,, aku sllu tido 3 orang . aku ni dah la besar,, kalau 3 orang boleh share lg katil dgn aku tu maksudnya mmg besar lah katil tu . haha. almari pun besar gedabak sumbat lah baju ko banyak-banyak dalam tu. pastu aku nie jenis pemalas nak basuh baju pakai tangan, nak beli mesin basuh mahal tp nasib baik kat blok ada sediakan.  haha mcam iron, mesin basuh, pemanas air n water cooler tu semua ada kat blok . aku selalu beli air kordial n bancuh air sejuk guna air water cooler tu. jimat dah tak payah beli air ais kat cafe , jimat duit. hehe . tv n wifi pun ada tau kat blok,, tapi tv ada kat bilik tv lahh , tu pun x ramai tengok pasal kalau dah busy assignment memang xde masa lah ko nak hadap tv tu .

kawasan Bilik Kuliah dan Library

bukit yang harihari aku daki nak pergi kelas , memang mengah naik ni

ni Biopark , sebelah laluan nk ke kelas tu . kat sini ad rusa dgn ostrich, tapi time ni diorg nyorok kowt ;p

kawasan blok perempuan n cafe 

 lepastu , kalau nak g kelas tak jaoh ,, setakat ni aku kelas pukul 8 , kadang tu terbangun lambat . ter tau bukan sengaja ,huhu, aku bngun 7.50, pukul 8 tu aku sempat masuk kelas . jalan kaki je tu bukan naik moto ke apa . x jaoh kan.. mase sem 1 sampai sem 3 aku jalan kaki pergi kelas , pastu sem 4 aku beli moto sebab nak pakai pergi hatchery . hatchery tu pun xderla jaoh sangat , cuma dalam 20 minit kalau jalan kaki . tapi sebab aku syg lemak-lemak aku ni , aku pun naiklah moto pergi hatcheri. hehe. kelas pun ada aircon,, sejuk gila aircon tu sampai hampir setiap kuliah aku tertido. kadang tu kelas dekan pun aku tido . sukahati aku jee tido dalam kelas, jgn tiru perangai aku ni. huhu. lab kat jabatan pun complete dgn peralatan . aku suka masuk lab sebab boleh bedah-bedah ikan,, lukis ikan , tengok parasite, seronok lah buat keje2 lab ni tp yg x best bila kena buat report, tang tuu laa paling liat semua nak buat . selalu dah dateline baru nak hantar report tu . nasib baiklah dgn perangai camtu pun lecturer masih syg kat ktorang budak DPI ni . heee . masa study pun, aku jumpa ramai orang, ramai banyak bangsa , banyak budaya 1 Malaysia gitu laaa . kawan-kawan aku pun ada orang Iban, Dusun, Kadazan , Kelantan n bnyk lagi, n aku dapat belajar budaya diorg, cakap loghat n makan mknn style diorg. kira slme aku study kat UPMKB tu ,, semua ok lh . takde apa yg x puaskan hati aku . sangat sangat seronok belajar kat sana . klu korg / adik/ kakak/ sepupu/anak sedara ada yg berminat nak mohon masuk UPMKB ni , boleh mohon borang dalaman UPMKB kt website www.btu.upm.edu.my ye . 




Family Day

Nampak muka aku tu kan ? haa epic gila muka aku . disebabkan muka aku yg ni laah aku femes dgn senior slme smggu dengan panggilan , ' budak muka sedih' . haha sabo jerlah aku . citernye masa awal-awal masuk upm tu kan, kira masih sem 1 , masih junior , ada family day untuk course sbgai sesi perkenalan senior dan junior . masa tu ada satu aktiviti , nama dia apa entah aku tak ingat tapi aktiviti dia , senior mekapkan junior . masa turn aku , ntah kenapa mungkin masa tu aku takut kot dgn senior ntah aku pun x ingat, jadi muka aku tak berapalah nak manis kan waktu tu , lepas tu senior tu cakap kat aku, 'adik jangan takut, akak x makan orang pun , snyumlah' . tapi aku still wat muka masam aku . then senior tu ckp,' ok takpee adik kalau adik xnak senyum meh akk tambah lagi masam muka adik ' . hahh , so jadilah camtu muka aku . paling bnyak kena mekap akulahh. semua membe gelakkan aku . mula-mula tu memanglah malu , tapi dah lama rasa seronok pulak . kenangan kan . yg bawah ni gamba coursemate yg lain yg da dimekapkan. comey kan ktorg ? haha. thanks akk senior sbb bagi kenangan manis kt ktorg ;) 




Kelas Renang 



Untuk  student DPI (Diploma Perikanan)  or budak ikan macam aku , kitorang diwajibkan amik kelas renang masa Sem 1 . kelas ni memang special untuk budak ikan jee .budak kos laen sllu jeles sbb ktorg boleh belajar berenang. hehe.  tiap Sabtu kitorang pergi dr pukul 8 sampai pukul 2 katkolam BDA , kat tengah-tengah pekan Bintulu tu sbb buat masa ni UPM belum ada kolam sendiri lagi . bas UPM yg angkut ktorg pergi sana. time ni laa masing-masing tunjuk skil berenang . ada yg da tere berenang, diorg masuk Group 1 kira tu group yg dah tere berenang ala ala Pandalela Rinong tu. jangn ckp x knal siapa Pandalela Rinong ye .macam aku, dlu aku x brapa pandai nak berenang so aku masuk dalam group last, Group 4. ada cikgu-cikgu renang kat sana . diorang ajar aku berenang sampailah last aku masuk Group 2, group yg boleh berenang lah.  cikgu-cikgu memang baik tapi aku da lupa nama diorang . sory cikgu .hehe.  ktorg diajar berenang simple macam kuak dada n free style . lepastu diajar cmne nk buat CPR , keselamatan dalam air , cara apungkan diri n amik barang dalam air. waktu sem 1 nie memang lah masing masing budak kelas semua gelap gelap belaka termasuklah aku. aku da la memang gelap, tmbah gelap lagi . kalau duduk dalam gelap tu, memang nampak gigi n mata je memasing,haha  semua tu pengalaman n belajar benda baru yg sgt woww , awesome . hjung sem semua dah tere berenang, final test renang pun semua dapat A . kira hebat lah tu kan. 




me in Kimono , entry Part 2 


9 comments:

mai said...

I LIKE TO READ ALLL YOUR ENTRY, I READ THE WHOLE THRU THO. hehe akak if boleh, do add saya dkt FB : Maisarah Matali. btw im sarawakian and nak masuk UPMKB. i hope i can ask u anything before saya masuk UPMKB. hope to hear from you soon and do add me in FB. k sis?! thanks for the wonderful entryyy!!

cHenta haTiKu!! said...

sorry for the late reply.. thanks sebab sudi bca.. upmkb is the best choice.. seriously tk menyesal msuk. kejp lagi sis add..klu nk tnya apa2 nnti pm ok.. 😁😁😁😁

tan 123 said...

Salam sejahtera, bolehkah sy tanya dari airport bintulu ada direct bus ke university ini ke?
Ke mesti naik teksi?

. said...

Hye Tan...saya one of students in upmkb , kos diploma perniagaantani. Kalau dr airport,biasa naik teksi bas upm mmg tiada disediakan dari airport. 40Minutes atau kurang da sampai da upmkb. Range harga teksi , dr RM35 (teksi merah)- 60 (teksi biru)sebuah teksi .

Akak T said...

Salam anak aunty dpt Food Agri. Wah teruja sgt sebab dia memang minat. Bila aunty google jumpa your entries. Awesome! Such a breathtaking view of the campus sampai tak sabar nk ke sana. Moga Allah permudahkan.

Ann Azarudin said...

Hai kak umi ade fb tak sy nk add kalau x keberatan ad la fb sy nurul najehan azarudin sbb ad beberapa perkara sy nk tnya ttng upm bintulu

Unknown said...

Assalamualaikum....hai....wah best nye study kt sana....saya nak tanyalah...kalo dri kuching naik bas berapa jam ye?

Unknown said...

Terbaik la upm bintulu. Sbb tu la student yg dari upm bintulu kalau ada degree kat bintulu,mmg diaorg nak sambung kat sana ja. Tak nak ke serdang. Sbb diaorg kata Upm bintulu best.. tak sibuk mcm upm serdang. Lecturer pun baik2. Ambik berat apa semua.

Ina82 said...

Terbaik lah tenaga pengajar di upm bintulu..

profile hearts dividers