JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Monday, May 25, 2015

UPM KAMPUS BINTULU (Part 2)

ni sambungan untuk entry Part 1 . pengalaman dan apa aku lalui masa kat UPMKB.

Koir Hari Malaysia

nak dijadikan cerita , aku ada join pertandingan koir untuk sambutan Hari Kemerdekaan peringkat UPMKB, wakil untuk Blok J and kitorang johan untuk pertandingan tu , aku backup singer jeee. huhu. kebetulan pulak, masa tu, Sarawak dipilih sbgai negeri untuk sambutan Hari Malaysia and sambutan tu dibuat kat Sarawak. ktorg bertuah sbb dipilih sebagai wakil UPM untuk buat persembahan koir untuk sambutan tu, gabung dengan budak degree n IM4U negeri Sarawak. masuk tv wehhh malam tu . batak betul aku, habis satu kampung aku bagitau suh tengok aku . kihkih 

budak sekolah 

seminggu practice nyanyi sajee

uniform ktorg masa koir

separuh dr team UPM 

Buku Hijau 

Untuk yang tak pernah pegang cangkul , pegang tanah , study UPM ni memang akan ajar korang buat benda-benda mcmni. tiap Jumaat, tiap minggu dr sem 1 sampai sem 4 akan ad Buku Hijau ni, semua student trmsuk lecturer turun ladang bercucuk tanam . time ni takde ko nak mekap2, pakai skirt sume , kalau ada tu memang kena sepak free je kat situ , buang tebiat dipanggil tu. haha . dari tanam pokok kacang , sampailah ke bela ikan . semua dah dapat rasa . ada pointer tau Buku Hijau ni .

tengah jampi pokok ni supaya cepat membesar

keje tiap sem, berladang *sambil bergambar :p

 'cepatlah , aku lapar ' . kata kambing


Blok J

Kenangan yang kedua paling manis lepas DPI (next entry) . semua semua pasal Blok J semua aku suka, semua aku sayang . tapi yg sedih, aku dapat duduk Blok J smpai sem 3 jer sebab lepastu blok J jd blok tuk budak degree je. sob sob. masa stay Blok J , semua senior and budak blok sporting2 , happening, gila2. aku join hampir semua aktiviti blok aku join, berlakon , menyanyi, menari, larilari. dr blok J jugak aku belajar jatuh naik dengan rumet, kawankawan n senior. aku sayang semua budak blok J terutama budak aras 3 , kebab, mek , wan, brenda, aira, erra, zeaty, syila n senior, kk pani, kak ayu, kak muzai, kak epah, kak nad, kak jue, eh semua ahli blok J lah aku sayang . rindu korangg kot, rindu Blok J :(


ahli blok J memang happening ^___^

Blok J, Lepidoptera 

rumet tersayang, berlakon punya pasal, baju Melayu pun ktorg tibai

Geng Aras 3


oke sambung lagi next entry ;)




No comments:

profile hearts dividers