JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Wednesday, February 16, 2011

pelita hidup .

assalamualaikum . ho yeah . sekolah tyme . penad lelah plus dengan banyakbanyak homework tuh boleh pulak mengupdate . ngeh3 . habeslah kalau tak siap homework . confirm kena denda esuk pagy . huu . btw , pagy tady, cikgu rohani , cikgu bm kte gtaw pasal pertandingan mencipta puisi sempena sambutan hari guru anjuran  PPD Kuala Langat . and dya suruh kitorang budak2 5SC semua masuk biar ada banyak penyertaan . hadiahnya pun lumayan . tu yang penting . $) . wee .

bila dengar pasal hadiah je masing-masing baru semangat nak buad puisi tuh . haha . pastuh mula lah dengar sana-sini bersajak la, menyanyi lah . yelah , nak cari idea kan . budak-budak laky pulak yang selalunya dok mengacau orang jea pun duduk diam-diam sambil mencari inspirasi untuk sajak dyorang . peh , tak sangka . bila dyorang da siapkan sajak tuh kite minta lah kertas dyorang an nak bace, skaly bace terus terpaku kejap. ayat dyorang bukan maen . dramatis , puitis , kreatif segala lah . selama ni ntah mana agaknya kekreatifan dyorang tuh an . tapy memang betulbetul kagum baca . cikgu rohani pun terharu bila baca ayat dyorang tuh . yang kite neh pulak kite yang kacau-kacau orang buad sajak . kite tak dapat idea . blur time tuh . so hasilnya macam hampeh . korang try bace eh , pastu komen , tapy jangan kutuk aw. ngeh3 .

Guruku sayang, ku masih ingati ,
di hening pagi,
terdengar kayuhan lenguhmu,
merangkak-rangkak didenai yang sepi,
demi satu tujuan .


guruku sayang, ku masih ingati,
hayunan langkahmu yang laju ,
mengejar anak muridmu yang dambakan ilmu,
mereka didalam kegelapan,
kau lah pelita yang akan menerangi mereka,
kau hamparkan lautan ilmu yang merajai jiwamu,
demi masa depan anak bangsamu .


guruku sayang,ku masih ingati,
leteran dan bebelanmu,
yang pernah menjadi halwa telingaku,
hukuman darimu,
yang pernah menjadi rutin harianku,
kerana aku yang buta mata dan hati,
berkeras menidakkan ajaranmu .


guruku sayang , ku masih ingati,
walau segala susah dan payah,
segala pengorbanan dan kesengsaraan,
namun kau tetap tabah,
malah tanpa jemu kau melayan kerenah anak muridmu.


guruku sayang,kini, 
aku berdiri gah,
menjadi pemimpin kepada negara,
melimpahkan bakti dan jasa ,
namun aku tidak pernah lupa ,
sejarah hidupku dimulakan olehmu.


guruku sayang,
namamu akan  tetap kekal terpahat,
menjadi kenangan ke akhir hayat .


hasil nukilan ; Fatin Nur Khairiyah binti Kamaruzaman .
                         5 Sains
hak cipta terpelihara . :)

ha, amacam ?agak hampeh kan ? huu . ni kalau lawan dengan Usman Awang neh mesty awal-awal lagy da kena reject kan  ? hehe . ape-apepun , Terima Kasih Cikgu !

Tuesday, February 15, 2011

jauhkan diri anda !

assalamualaikum . selamat menyambut Maulidur Rasul kawan-kawan . banyak kan berselawat yer arini . Hehe . sebenarnya engat tak nak update harini . tapy tdy mase tengok satu isu buletin utama kat Tv3, terasa pulak nak post entry neh . isu tuh ialah mengenai , 'Hukum Menghisap Shisha' .


Pernah tak korang makan dekat kedai-kedai makan lepas tuh nampak ada orang atau kebiasaannya remaja lah hisap satu benda yang macam paip . lepas tuh keluar asap . dia macam rokok juga tapy dia bentuk lain . ha, itulah dia shisha . kite ada seorang kawan , dia suka hisap shisha tuh . dia kata tak bahaya and tak haram  . rasanya pun manis macam rasa buah . tapi kite ragu-ragu so kite buad google search cari hukum dan bahaya or x shisha neh . ini hasilnya :



Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt: 
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات 
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
Dan firmannya lagi:
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)
Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Website: http://muntada.islamtoday.net/t61245.html
2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin

shisha


so , begitulah . maknanya hisap shisha neh pun haram . dan ternyata shisha neh berpuluh ganda lebih bahaya daripada rokok . nasihat kite , tak payah lah hisap rokok atau shisha mahupun dadah sebab benda-benda neh langsung takde faedahnya dan memudaratkan kesihatan . ' Mencegah itu lebih baik dari merawat ' . Sayangilah diri anda .

Thursday, February 10, 2011

kanak-kanak ribena .

'mama , nak mainan tuh .'' . 'mama, nak ni, mama nak tuh ' . macam tu lah masa kecik-kecik dulu bila mama or mummy korang bawak pegy mall ke market ke . confirm punya lah . pastuh bila mama tak bagy mesty korang akan mengamuk-ngamuk plus merengek-rengek kat tempat tuh tak kira malu sampailah mama korang belikan benda yang korang nak tuh .bila da dapat barulah puas . tak sia-sia merajuk dengan mama . pastuh tersengih-sengih macam kerang busuk kat mama korang .  kan kan ? haha . yang tulis neh pun lebih kurang sama je .

bestkan masa kecik-kecik dulu . boleh buad sesuka haty . wat ape pun boleh . tak yah pikir malu lh segan lah ape lah . --' . nak mintak ape-ape pun boleh . tak payah fikir susah-susah nak buad ape-ape . bestnya masa tuh .  maen  mainan yang mcam-macam jenis dan rupa , makan junkfood banyak-banyak ,  naik basikal pusing satu taman ,  main kejar-kejar , kacau-kacau orang , tengok kartun banyak-banyak , belajar mengaji , macam-macam lah . semuanya seronok . kadang-kadang rasa nak balek kat masa tuh balek . kalaulah ada sainstis yang cipta mesin masa , mesti seronok . boleh balek masa dulu-dulu pastuh enjoy everything that time . kite akan jady orang pertama yang beli mesin tuh kalau ada yang cipta . haih =,= . rindunya masa tuh , <3

sumber dari Google

Wednesday, February 9, 2011

Coklat dan Kita .

coklat . ramai orang suka makan coklat . lagylagy kalau budak perempuan . coklat ni pun selalu digunakan sebagai hadiah , hantaran kahwin dan nak buad pujuk orang pun bole . confirm tak jadi majok orang tuh . hee :) . selain tuh ,banyak lagy kegunaan coklat . bahan yang berasaskan daripada buah koko neh pun sebenarnya banyak khasiat dan faedah kepada pemakannya .


Antaranya ;


1 .Coklat kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama macam dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.


2. pengubat yang baik semasa sedih dan stress coz coklat mempunyai satu bahan yang membolehkan pemakannya merasa gembira yang teramat sangat .

3. satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

4 . coklat menguatkan sistem pertahanan badan terutamanya bila kita rasa penat disamping boleh mengelak daripada selsema .

5 . bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.

6. Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat.

7 .Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

8 . yang paling penting, coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua makanan sekalipun .

So , makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

hee . ^^

Wednesday, February 2, 2011

bila tiada kerja . --'


assalamualaikum ~ penatnya hari neh . baru balek dari maen bowling and lepaking at mcd bersama anishah nurain . takde keje cmtuh lah . duduk sana dary pukul 2 lebih . tak sedar masa berlalu sampai dah gelap baru perasan . seronok sangat bercerita . --' sampai tak engat masa . mentang-mentang cuty 3 hary bersuka-ria jea kite neh . padahal howemork cikgu bagi berlambak tuh . adoyai ==' .  ni last jalan . no more after dis . engat SPM aten . okey , about takde keje neh kite engat lagy masa tahun lepas kita suka melukis bila takde kerja . kite buat dalam satu buku . lukisan yang ntah pape pulak tuh .  sangat buruk .  kite ada seorang kawan , nama dya zul ikram . dya sangat pandai melukis . jeles tengok dy . free hand jea dy buad . nak jady macam kaw boleh tak zul ? --'



-zul ikram -

emo time - aten-


-aten-

-aten-

-aten-

-aten-

-zul ikram-

-aliff alfian-

-zul ikram-

-aten-

cuba bandingkan yang kite lukis ngan zul lukis . dy punya jauh lagi kemas dan cantik kan ? yang kita punya entah apa2 . buruk sangat . haha . 
profile hearts dividers