JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Tuesday, February 15, 2011

jauhkan diri anda !

assalamualaikum . selamat menyambut Maulidur Rasul kawan-kawan . banyak kan berselawat yer arini . Hehe . sebenarnya engat tak nak update harini . tapy tdy mase tengok satu isu buletin utama kat Tv3, terasa pulak nak post entry neh . isu tuh ialah mengenai , 'Hukum Menghisap Shisha' .


Pernah tak korang makan dekat kedai-kedai makan lepas tuh nampak ada orang atau kebiasaannya remaja lah hisap satu benda yang macam paip . lepas tuh keluar asap . dia macam rokok juga tapy dia bentuk lain . ha, itulah dia shisha . kite ada seorang kawan , dia suka hisap shisha tuh . dia kata tak bahaya and tak haram  . rasanya pun manis macam rasa buah . tapi kite ragu-ragu so kite buad google search cari hukum dan bahaya or x shisha neh . ini hasilnya :



Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt: 
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات 
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
Dan firmannya lagi:
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)
Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Website: http://muntada.islamtoday.net/t61245.html
2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin

shisha


so , begitulah . maknanya hisap shisha neh pun haram . dan ternyata shisha neh berpuluh ganda lebih bahaya daripada rokok . nasihat kite , tak payah lah hisap rokok atau shisha mahupun dadah sebab benda-benda neh langsung takde faedahnya dan memudaratkan kesihatan . ' Mencegah itu lebih baik dari merawat ' . Sayangilah diri anda .

1 comment:

variyapaden said...

Gold Titanium Art of the World - Titanium Art of the World
Gold is an art titanium nail of the world that has become titanium white octane more popular black titanium fallout 76 over the years. A titanium necklace few decades ago, Gold was titanium bike frame published on various books, including The Great

profile hearts dividers