JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Tuesday, March 8, 2016

TRAVELOG : TIPS BERCUTI BAJET KE BANDUNG

Bandung . apa yg best dengan Bandung ? ada apa kat Bandung ? kalau tnya soalan ni kat lelaki, memang diorg jawab air bandung , air minum tuu. haha . cube lak tanya kat perempuan, jwpan dia memang berbeza . haha ok kaum perempuan, Bandung tu tmpat apa ? SYURGA SHOPPING laaa apa lagi ! *sambil anda jawab reramai. haha .haaa ok korang perlu tahu yg Bandung ni memang tempat shopping yg paling terbaik dan berbaloi2 . yg lelaki kalau nak bwak bini honeymoon kat sni tu boleh jugak tp jangan terkejutlaa kalau nanti alih2 bini honeymoon dgn kain baju pulak ye. hehe.

Ok balik pada topik entry ni, aku baru balik dr Bandung bulan 8 harituu so rasa tergerak pulak nak share sikit tips tips and pengalaman kat sana . . Sebelum pergi bercuti, sangatlah penting untuk korang rancang semua aktiviti2 n perkara berkaitan kat sana. sebelum berlepas haruslah study dulu tentang tempat korang nak pergi n yang paling penting mestila jimat and low bajet ok. Alhamdulillah, Abang Goo bnyak bantu aku cari tips2 ni . hehe. ok lets begin ^__^

TIPS BERCUTI BAJET KE BANDUNG :

1) Tiket

first skali , sentiasa lah cek harga tiket flight kalau nak amik tiket yg murah. masa aku pegi haritu, Airasia ad buat promo tiket return cuma RM120 je wehhhh . haa murah kan ? so law nak tiket murah rajin2 cek harga tiket terutamanya AirAsia sbb diorg mmg sllu buat promo harga murah murah , x pun subscribe jee email Airasia so nnt bila ada promo korang boleh alert. tak rugi weh survey tiket awal2 ni. ini untuk yg nak bercuti bajet laa. sesiapa yg ada duit lebih tu boleh laa try MALAYSIA AIRLINES or Malindo Air, lebih selesa sikit la berbanding AirAsia tapi bg aku buat apa nk selesa sangat asal dapat sampai sana sudah. pandai2 laa pilih flight ye :p


*Eh ada taik kucing ke kasut ni ? 


2) Baggasi/Luggage

G Bandung nak travel kan ? Nak cuti kan ? so tayah bawak baju berguni. bawak 3 helai cukup. xpun bawak je baju untk hari first. yg selebihnya bole beli kat Bandung jee sbb sana memang murah gila2. hari2 pakai baju baruu bak angg . aku haritu pun bawak baju 2 helai je. pegi lenggang kangkung sekali balik amek kauu berkodi siap amik luggage 20kg . kihkih.tapi anak2 yg dalam2 tu janganlaa bawak 2 helai jugak , mashamm nnt , haha . n kalau korang xnak amik luggage, make sure hand carry or beg belakang x lebih dr 9kg tau . kalau x nnt ada yg kena tinggal barang shopping kt airport jee xleh bawk balik Malaysia. x menangis kauu klu kna gitu ? hehe .

oh ya . nak bawak hand carry mase nak naik flight tu, tayah laa bawak botol shampoo ke, sabun kee air yg besar2 sebab ad limit cecair cuma bole bawak 50ml jee , kalau lebih kena keluarkan dr beg . bawak yg botol2 kecik pun xpe dah .

3) Kasut dan pakaian

nak jalan2 shopping sakan mestila pakai baju yg selesa kan ? mcm aku, aku prefer pakai sneakers n sluar jeans je . senang nk jalan x sakit kaki n selesa lagi . baju pun bwk tshirt jee tayah nak iron2, tinggal sarung dan pufff cun dah , haha. ohh yaa haritu aku pergi sana nasib x baik rupanya kasut Converse yg amat ku sayangi telah haus tapaknyaa so hari kedua tu terus tanggal tapak dia . serius sedihh kasut ksygn aku da tamat nyawa dia . then pak supir yg ktorg amk tu pujuk aku bawak g Cibaduyut beli kasut baru . serius murah nak mati kat situ siap boleh tawar berhabis, bayangkan aku dapat beli kasut Vans yg harga asal dia RM100++ , aku bole tawar tawar smpai org kedai tu jual kat aku RM 40 jee . Malaysia x dapat derr gini . mohon jeles . mihmih

kasut baruu . yeayyy ^__^

4) Duit / Bank

diingatkan  tukar siap-siap duit RP di Malaysia. kalau da book tiket awl2, rajin2 laa jugak tengok rate duit Malaysia. kalau duit Malaysia naik, cepat cepat g tukar kat Money Changer. lebih berbaloi tukar masa duit Malaysia tggi sbb lebih banyak nilai yg kita dapat tukarkan , Masa aku pergi dulu , rate dia 1 Juta RP = RM 285 . sekarang taktaulaa since duit Malaysia pun da jatuh kan. Elakkan tukar kat Airport sebab diorg cas mahal. rugi kita jee nanti. kalau rasa2 takut nak bawak duit banyak sangat, bole jee simpan duit dalam bank. kat sana banyak CIMB , Maybank pun ada . call jee customer service n aktifkan akaun untuk international withdrawal , x kena cas pun kalau withdraw bank yg sama .

*sumber Abang Goo

5)  HOTEL DAN PENGINAPAN

ok ni paling penting kalau nak jimat dan bajet , nak cari hotel murah sekarang senang jee , cari jee pakai Booking,com , Agoda or Trivago . memang diorg bagi harga kaw kaw murah . aku pun dlu book kat Booking.com . amik hotel Bukit Dago Hotel . murah pun murah dan selesa. harga sebilik rm 120 utk 3 malam siap free wifi, aircon and breakfast lagi.sebelah hotel pun ada kedai ala2 7e gitu so senang nk beli makanan ke kot malam2 lapar.  kalau yg nk try hotel ni boleh la book kat Booking.com ya.

Toiletries 
Katil yang empuk gitteww
Breakfast hari first 



6) Pengangkutan /Supir

Nak jalan kat Bandung ni msti nak kena ad pengangkutan kan ? jgn risau kat sana teksi ada ojek ada. pilih teksi Blue Bird sbb harga dia lebih murah berbanding yg lain. if ada yg nak jalan kaki pun ok jugak tapi tak digalakkan sngat laa sebab sana manusia amat laa padat jalan mana2 penuh orang jee. so kebanyakan pelancong akan amik kereta sewa siap supir untuk jalan2. senang , kita tinggal cakap je nk g mana tahu2 dah sampai. melalui pmbacaan dan research yg dibuat,  kitorang pun pilih supir salim . memang cukup selesa dengan salim +6281322731636 (prefer whatsapp) . harga dia pun murah jee , pakej 3D2N RM200 je minimum 4 pax siap minyak n tips sekali. kalau kita ad itirenary dia tinggal ikut jee . nak ikut itirenary dia pun boleh sebab dia lebih tahu mana best mana murah , bgtahu je kat dia semuaa dilayan . haha.

Salim : +6281322731636
email : emirtourtravel@gmail.com
Facebook : EMIR TOUR


Kereta sewa kitorang haritu.
Supir ni nama doni. baik sangat orangnya. 

       



7) UBAT-UBATAN dan ADAPTER

Sentiasa sediakan ubat2 as emergency manatahuu tetiba sakit perut demam bagai kang tak best lak nk jalan kan . bawak actifast, minyak kapak n pil cik ket teon pun ok dah . lagi satuu , silalah bawak travel adapter siap2 sebab plag kat sna tak sama dengan Malaysia . nak beli kat sna pun boleh jugak rm 4 jee satu , cari kat dalm pasaraya . ni haa gmbar plag n travel adapter .

     
*sumber gambar Abang Google


okeyyy tu jee kot .sekian terima kasih . haha . kalau ad pertanyaan bole laa drop komen dibawah yaa . harap dapat membantu korang :P .

*Next Entry : Tempat shopping dan bercuti yang terbaik di Bandung .
profile hearts dividers