JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Saturday, January 29, 2011


Manusia mempunyai perasaan suka,gembira,sedih dan sebagainya .Perasaan sedih adakalanya hadir kerana gangguan emosi. Justeru itu apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata.
Ada yang beranggapan apabila seseorang itu menangis, ia merupakan suatu 
tindakan yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam. Anggapan ini sebenarnya
tidak tepat kerana Islam sendiri telah menggariskan tangisan yang dilarang
dan dibenarkan.
Tangisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan yang berbentuk 
negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang dalam 
Islam ialah tangisan yang berbentuk negatif seperti meraung dan melolong
 dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan
seumpama ini bukan sahaja di pandang negatif kepada orang yang melakukannya 
tetapi juga mayat yang di ratapinya itu juga turut tersiksa.
Berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana
cinta dan takut kepada Allah S.W.T.
Seorang ulama’ pernah berkata "untuk menangis kerana takut kepada Allah 
sehingga air mataku menitis, adalah lebih aku suka daripada aku bersedekah
emas seberat badanku. Kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut
kepada Allah kerana sehingga setitis air matanya mengalir jatuh ke atas bumi
, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."

Oleh itu , kita boleh menangis tetapi pilihlah tangisan yang positif . be tough !

No comments:

profile hearts dividers