JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Friday, March 20, 2009

ucapan tersurat n tersirat

Kenali ucapan tersurat dan tersirat.
Benarkah ucapan dibibir tidak sama dengan maksud yang ingin disampaikan dari dalam hati Hanya berpura-pura sedangkan hati tidak bermaksud begitu� Mengapa ini yang kamu pilih, adakah untuk mengelakkan si dia berasa tersinggung ataupun memang mahu membuatnya terfikir sendiri.Ucapan tersurat : �Saya memerlukan sedikit masa untuk mencari diri sendiri.�Ucapan tersirat : �Ya..mencari diri sendiri dan kekasih lain!�Ucapan tersurat : �Kamu adalah teman baik saya di dunia dan saya terlalu menyayangi persahabatan kita.�Ucapan tersirat : �Kita sekadar kawan biasa dan jangan harap kita akan menjalinkan perhubungan.�Ucapan tersurat : �Terlalu banyak perbezaan antara kita berdua.�Ucapan tersirat :�Saya tidak menyayangi kamu seadanya.� Ucapan tersurat :�Saya berkecil hati kerana kamu tidak menerima cara penampilan saya.�Ucapan tersirat :�saya tidak kisah kamu tidak menerima cara saya kerana masih ramai lagi yang menyukainya.�Ucapan tersurat :�mungkin teman-teman saya tidak mengenali kamu, itu sebabnya mereka tidak melayan kamu dengan baik.�Ucapan tersirat :�Sebenarnya mereka tidak menyukai kamu dan tidak menerima kamu sebagai kekasih saya.�Ucapan tersurat :�kita memerlukan masa untuk mengenali hati budi masing-masing.�Ucapan tersirat :�saya masih boleh mencari cinta sejati kerana tidak semestinya kamu menjadi pilihan saya.�Ucapan tersurat :�kamu mengingatkan saya pada kekasih lama dan ia sungguh menyakitkan.�Ucapan tersirat :�saya tidak boleh melupakan kekasih lama dan kehadiran kamu tidak mampu melupuskan kenangan silam saya bersama si dia.�Ucapan tersurat :�saya mengaku, saya berkawan dengan kamu kerana mempunyai alasan tersendiri. Harap kamu jangan berkecil hati.�Ucapan tersirat :�memang saya terpaksa mempergunakan kamu utk kepentingan diri sendiri. Saya mahu membuatkan si dia berasa cemburu bila saya mendampingi kamu.�Ucapan tersurat :�maaf, saya tidak dapat banyak meluangkan masa bersama kamu kerana terpaksa menguruskan pelbagai tugasan harian.� @ �busy la... �Ucapan tersirat :�saya memang nak menjauhkan diri dari kamu.�Ucapan tersurat :�saya tidak bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dalam masa terdekat ini.� Atau �saya masih belum bersedia untuk bercinta.�Ucapan tersirat :�Maaf, kamu tidak menepati citarasa saya.�Kata-kata yang terucap dibibir sebenarnya tidak mencerminkan apakah yang berlaku dari sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

No comments:

profile hearts dividers