Friday, March 20, 2009
ucapan tersurat n tersirat
Kenali ucapan tersurat dan tersirat.
Benarkah ucapan dibibir tidak sama dengan maksud yang ingin disampaikan dari dalam hati Hanya berpura-pura sedangkan hati tidak bermaksud begitu� Mengapa ini yang kamu pilih, adakah untuk mengelakkan si dia berasa tersinggung ataupun memang mahu membuatnya terfikir sendiri. Ucapan tersurat : �Saya memerlukan sedikit masa untuk mencari diri sendiri.� Ucapan tersirat : �Ya..mencari diri sendiri dan kekasih lain!� Ucapan tersurat : �Kamu adalah teman baik saya di dunia dan saya terlalu menyayangi persahabatan kita.� Ucapan tersirat : �Kita sekadar kawan biasa dan jangan harap kita akan menjalinkan perhubungan.� Ucapan tersurat : �Terlalu banyak perbezaan antara kita berdua.� Ucapan tersirat :�Saya tidak menyayangi kamu seadanya.� Ucapan tersurat :�Saya berkecil hati kerana kamu tidak menerima cara penampilan saya.� Ucapan tersirat :�saya tidak kisah kamu tidak menerima cara saya kerana masih ramai lagi yang menyukainya.� Ucapan tersurat :�mungkin teman-teman saya tidak mengenali kamu, itu sebabnya mereka tidak melayan kamu dengan baik.� Ucapan tersirat :�Sebenarnya mereka tidak menyukai kamu dan tidak menerima kamu sebagai kekasih saya.� Ucapan tersurat :�kita memerlukan masa untuk mengenali hati budi masing-masing.� Ucapan tersirat :�saya masih boleh mencari cinta sejati kerana tidak semestinya kamu menjadi pilihan saya.� Ucapan tersurat :�kamu mengingatkan saya pada kekasih lama dan ia sungguh menyakitkan.� Ucapan tersirat :�saya tidak boleh melupakan kekasih lama dan kehadiran kamu tidak mampu melupuskan kenangan silam saya bersama si dia.� Ucapan tersurat :�saya mengaku, saya berkawan dengan kamu kerana mempunyai alasan tersendiri. Harap kamu jangan berkecil hati.� Ucapan tersirat :�memang saya terpaksa mempergunakan kamu utk kepentingan diri sendiri. Saya mahu membuatkan si dia berasa cemburu bila saya mendampingi kamu.� Ucapan tersurat :�maaf, saya tidak dapat banyak meluangkan masa bersama kamu kerana terpaksa menguruskan pelbagai tugasan harian.� @ �busy la... � Ucapan tersirat :�saya memang nak menjauhkan diri dari kamu.� Ucapan tersurat :�saya tidak bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dalam masa terdekat ini.� Atau �saya masih belum bersedia untuk bercinta.� Ucapan tersirat :�Maaf, kamu tidak menepati citarasa saya.� Kata-kata yang terucap dibibir sebenarnya tidak mencerminkan apakah yang berlaku dari sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment