NAMA
Jika Linda, Salmah, Safiah, Latifah dan Zabedah keluar makan tengahari, mereka akan memanggil sesame sendiri Linda, Salmah, Safiah, Latifah dan Zabedah. Lebih-lebih pon dorang panggil Linda, Salmah Peah. Tipah dan Bedah ajer.
Tapi Jika Sarifudin, Wan Mokhtar, Saiful Nizal, Irfan Khairi dan Faizal Hishams kuar makan tengahari, alamaks jadik Abe, Songkok, Chip,Atuk dan Gusdur laks dah? Kenkadang tukar lagik sampai jadik Konci ler, skoDeng ler, Hmmm memacam lagik.
Duits
Seorang lelaki akan bayar 2 Hinggit untuk barang berharga 1 Hinggit yang dia perlukan.
Seorang perempuan akan bayar 1 Hinggit untuk barang berharga 2 Hinggit yang dia tak perlukan tapi ada sale….
Bilik Air
Lelaki biasanya ada maksima 5 barang dalam bilik air iaitu berus gigi, obat gigi, pisau cukur. Krim Pencukur dan Sabun (semua tu pon rembat kat Hotel)
Kadar purata barangan wanita dalam bilik air adalah 37. Barang barang nih korang tak kenal pon jadik takyah lah senaraikan kat sini
Berhujah/Berdebat
Seorang pompuan memiliki kata putus/akhir dalam setiap perdebatan.
Apa apa yang lelaki katakan selepas itu akan di jadikan bahan permulaan perdebatan baru.
Kucin
Pompuan suka Kucin.
Lelaki kata dia suka kucin, tapi bila pompuan tak nampak di sepaknya kucin tuh ahaksss….
Masa Depan
Seorang pompuan risaukan masa depannya sehingga dia mendapat suami
Seorang lelaki tak penah kesah risaukan masa depan dia hinggalah dia dapat seorang isteri
Berjaya
Seorang lelaki yang berjaya adalah lelaki yang mampu membuat banyak duit untuk di belanjakan oleh isterinya
Seorang pompuan yang berjaya adalah pompuan yang berjaya memikat lelaki seperti di atas… ahaksss
Perkahwinan
Seorang Perempuan mengahwini seorang lelaki berharap dia akan berubah tapi tak gak berubah ubah sampai ke tua…
Seorang lelaki berkahwin dengan seorang pompuan berharap dia takkan berubah, malangnya semuanya berubah… mental dan fizikal
No comments:
Post a Comment